Nadi X Mahir: Sls Dari Smartphone Ke Spotlight – Journey Mobilegraphy
12 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2026 bersamaan hari Rabu, Mahir Short Learning Series: Dari Biasa ke Luar Biasa – Betulkan Kesilapan Mobilegraphy bersama Nuar Yusli telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik fotografi menggunakan telefon pintar, khususnya dalam menghasilkan gambar Hari Raya yang lebih kreatif, menarik dan berkualiti tinggi tanpa memerlukan kamera professional.
Aktiviti Utama:
1. Fungsi Asas & Tetapan Kamera Smartphone
2. Teknik Komposisi, Pembingkaian, Perspektif & Sudut
3. Cara Mengambil Foto Raya Terbaik
4. Tip Praktikal
5. Asas Suntingan Foto
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menguasai teknik asas mobilegraphy, meningkatkan kreativiti dalam mengambil gambar menggunakan smartphone serta menghasilkna foto yang lebih berkualiti dan bermakna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: